fb fb fb fb fb

Kopi Perak catat nilai pasaran hampir RM2 juta dalam tempoh dua tahun

Foto hiasan

IPOH, 21 Oktober - 
Kopi Perak terus kukuh apabila mencatat nilai pasaran hampir RM2 juta bagi tempoh dua tahun ini melibatkan kawasan tanaman seluas 29 hektar di seluruh negeri ini.

Menurut Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman, berdasarkan harga semasa dan kadar pengeluaran semasa, nilai pasaran bagi tahun 2024 dan 2025 mencecah sekitar RM1.76 juta setahun.

Tambahnya, jenama Kopi Perak bukanlah milik individu malah pihaknya amat menggalakkan penanaman varieti Liberica yang ditanam di negeri Perak dalam usaha mempromosikan Perak sebagai salah satu pengeluar utama kopi berkualiti tinggi di negara ini.

"Saya tidak menghalang untuk pemain industri kopi terutamanya kafe-kafe untuk terus membeli daripada luar, ia boleh sekiranya sudah ada beberapa peluang menjual dan memberi peluang orang luar rasa kopi yang ditanam di perak.

"Dan itu antara perkara yang kita akan laksanakan pada tahun hadapan di mana kita akan pergi ke pengusaha-pengusaha ini, seterusnya kita bagi secara percuma untuk bagi orang merasainya", katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kopi Perak 2025 anjuran Jabatan Pertanian Negeri di sini, hari ini.


Tambahnya, melihat kepada sambutan positif yang diterima, kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan lagi kawasan tanaman kopi tahun hadapan.

Ini susulan permintaan dan minat dari negeri lain termasuk Selangor, Kelantan, Terengganu dan Putrajaya yang berminat untuk tujuan promosi dan jualan.

Katanya, antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk pemberian kopi secara percuma kepada beberapa kafe dan pemilik kedai terpilih sebagai usaha meningkatkan kesedaran, permintaan serta menjenamakan kopi Perak di pasaran tempatan.

Trainee