KUCHING, 20 Mac- Program Suara 34 Pandu Lalu Ramadan Kasih@RTM membuka tirai hari ini dimulai dengan Konvoi Bakul Rezeki.
Acara pelepasan konvoi itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak Norjihan Yahya di perkarangan letak kereta pintu C RTM Kuching.
Jabatan Penyiaran Sarawak bersama rakan strategik bergerak ke sekitar Kuching untuk mengagihkan bakul rezeki kepada 15 penerima yang merupakan golongan asnaf.
Bakul rezeki berkenaan akan diagihkan kepada penerima di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri DUN iaitu DUN Samariang, DUN Tupong dan DUN Batu Kawah.
Sebanyak enam rakan strategik yang terlibat menjayakan program itu iaitu Tabung Baitulmal Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, PETRONAS Sarawak, PAWADA, Liansin Trading dan Yayasan Al Bait.