fb fb fb fb fb

Kontraktor perlu berterusan laksana latihan, kempen kesedaran kepada pekerja

SEREMBAN, 15 Julai- Pihak kontraktor perlu menjalankan latihan serta kempen kesedaran secara berterusan untuk semua pekerja.

Ini bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan pelaksanaan projek mega yang berkonsepkan ‘Fast Track Project’ pastinya melibatkan isu kritikal seperti kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta alam sekitar di tapak binaan.

Jelasnya, semua pekerja yang terlibat semestinya terdedah kepada bahaya di tempat kerja.

Justeru, amat penting untuk pihak kontraktor menjalankan latihan dan kempen kesedaran yang berterusan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja.

(S. Veerapan)

S. Veerapan berucap demikian pada Majlis Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia dan 500,000 Jam Bekerja Tanpa Kecederaan Serius untuk Projek Penambahan Bangunan Nexperia di Senawang.

Tambahnya, sepanjang projek tersebut dilaksana bermula November 2021 sehinnga kini, tiada sebarang kemalangan yang serius di tapak projek dilaporkan.innga kini, tiada sebarang kemalangan yang serius di tapak projek dilaporkan.

Media Baharu