fb fb fb fb fb

Stok penimbal ubat-ubatan diagih kepada klinik dan hospital swasta

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengagihkan stok penimbal ubat-ubatan kepada klinik dan hospital swasta yang menghadapi masalah bekalan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, stok penimbal itu akan diuruskan oleh Pharmaniaga Bhd.

Antara ubat yang mengalami kekurangan bekalan ialah ubat demam, batuk, selesema dan ubat-ubatan untuk kanak-kanak.

Jelasnya kekurangan ubat itu disebabkan permintaan yang telalu tinggi dan kegagalan pembekal dari luar negara menghantar bekalan mengikut tempoh ditetapkan akibat kekurangan bahan mentah.

(Khairy Jamaluddin dalam sidang media selepas Majlis Penutupan Bengkel Transformasi
Strategi dan Memperkasakan Penjagaan Autisme)

 "Jadi kita sudah bincang dengan pengilang-pengilang, mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka yang dikatakan akan lebih stabil pada suku tahun ketiga, dua bulan lagi.

"Sementara kita menunggu pengeluaran daripada kilang kita lebih stabil saya telah setuju supaya stok penimbal kerajaan dilepaskan dulu untuk klinik dan hospital swasta," kata Khairy dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Bengkel Transformasi Strategi dan Memperkasakan Penjagaan Autisme di sini.

KKM sebelum ini mengumumkan beberapa langkah penyelesaian jangka sederhana dan panjang berhubung isu kekurangan bekalan ubat termasuk meneroka sumber baharu atau bekerjasama dengan industri farmaseutikal tempatan.

Media Baharu