fb fb fb fb fb

Tiada kes cacar monyet libatkan jemaah haji Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Tiada kes cacar monyet melibatkan jemaah haji Malaysia setakat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara itu susulan laporan Arab Saudi yang mengesan kes cacar monyet pertama membabitkan individu di Riyadh.

"Setakat pengetahuan kita tidak ada apa-apa kes cacar monyet dalam kalangan jemaah haji kita, cuma kita ada terima maklumat daripada Singapura yang sudah ada tiga kes jangkitan tempatan. Dua kes baharu ini tidak ada sejarah melawat Malaysia. Hanya yang pertama tu saja," kata Khairy dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Bengkel Transformasi Strategi dan Memperkasakan Penjagaan Autisme di sini.

(Foto fail)

Khairy turut memaklumkan, KKM akan menubuhkan Majlis Austisme Kebangsaan melibatkan beberapa kementerian dan pemegang taruh yang boleh membangunkan intervensi lebih menyeluruh berkaitan autisme.

Media Baharu