fb fb fb fb fb

Guru perlu lebih bersedia dan terima, sebarang perubahan

SEREMBAN, 15 Julai - Ketinggian nilai pendidik perlu ada dalam diri setiap guru khususnya daripada aspek pedagogi dan profesionalisme.

Ini bagi mendepani pelbagai cabaran pendidikan pada masa kini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata mereka juga perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan ketika melaksanakan tugas.

Perubahan daripada biasa kepada luar biasa, berdaya saing, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta ‘world class thinking’.

(Aminuddin bercakap kepada pemberita ketika
majlis sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan 2022)

"Saya mendoakan supaya semua guru terus cemerlang dan kita berharap bahawa kejayaan guru yang dirakamkan tadi atau pun hari ini merupakan suatu kejayaan, bukan sahaja untuk negara tetapi diperingkat antarabangsa. Ini merupaka suatu pengiktirafan yang cukup baik pada semua guru yang ada di Negeri Sembilan," kata Aminuddin di sini.

Penerima anugerah Tokoh Guru Negeri Sembilan 2022, Ismail Jalaluddin menyifatkan suasana pembelajaran ketika ini amat berbeza berbandig dahulu dan lebih mencabar, memandangkan guru harus mengadaptasi kaedah baharu pengajaran selari dengan perkembangan pantas teknologi.

"Guru sekarang dengan guru dulu berbeza. Cabaran guru kini lebih besar berbanding dahulu," kata Ismail.

Media Baharu