RANTAU PANJANG, 15 Julai - Pasukan operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun (KPDNHEP) Kelantan menahan dua lelaki ketika sedang mengisi minyak diesel berulang-ulang di sini pagi semalam.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri Aswadi Jaafar berkata, suspek berusia 30-an dan 40-an itu ditahan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 7 dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat yang menjalankan Operasi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan dan sempadan negara.
"Dalam operasi pukul 1.00 pagi itu, pasukan mengesan pergerakan sebuah kenderaan yang mencurigakan sedang membuat pengisian minyak diesel secara berulang di dua buah stesen minyak di Jeli dan Tanah Merah, hasil maklumat risikan," kata Aswadi dalam satu kenyataan.
Pasukan seterusnya pasukan mengekori saspek dan membuat serbuan di lokasi Ladang Kelapa Sawit, Kamung Rahmat Lubuk Setol.
Pemeriksaan lanjut terhadap lori sebagai penggerak utama terbabit menemukan 450 liter minyak diesel didalam tangki yang dipercayai telah diubah suai dengan berpendaftaran Malaysia.
Kedua-dua suspek lelaki warga tempatan berjaya ditahan ketika serbuan dan suspek mengaku membuat pembelian pengisian minyak diesel sebanyak RM600.
(Foto hiasan/BERNAMA)
"Pasukan membuat sitaan terhadap minyak diesel bernilai RM967 bersama kenderaan bernilai RM85,000.
"Modus operandi yang dijalankan menjalankan aktiviti tidak bermoral ini diawal pagi, menggunakan lori untuk mengisi bahan kawalan itu secara berulang di stesen-stesen minyak didalam tangki yang telah diubah suai bagi mengaburi pihak Penguat Kuasa," katanya lagi.
Siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil serta merta serta kerjasama bersama agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa dan giat dijalankan dari masa ke semasa.
Selain itu, KPDNHEP Kelantan sentiasa memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi harga yang ditawarkan dan peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan serta bekalan sentiasa mencukupi kepada pengguna.