fb fb fb fb fb

Konsul Jeneral Malaysia rai delegasi Diraja Perlis

Raja Muda Perlis dirai Konsulat Jeneral di Medan

MEDAN, 28 September - Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia, Shahril Nizam Abdul Malek meraikan delegasi dari Perlis bersempena Persidangan Antabangsa Peluang Transformatif Untuk Pemerkasaan Golongan Miskin (ICOHOPE) 2025 yang berakhir semalam. 

Delegasi yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah, berkenan menghadiri majlis makan malam di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia, Kecamatan Medan Polonia,Kota Medan, Sumatera Utara. 

Majlis turut dihadiri 30 delegasi termasuk Pengerusi FCOEE, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin, Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Penasihat Program ICOHOPE, Datin Noridah Yangman, Jawatankuasa ICOHOPE serta petugas media. 

Penganjuran majlis itu menjadi platform penting bagi meraikan warga Malaysia khususnya dari Perlis yang melaksanakan program diperingkat antarabangsa sebagai satu sokongan membina hubungan antara dua negara serumpun.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN