fb fb fb fb fb

Konflik Sudan, bawa balik rakyat Malaysia jika berterusan - Agong

(Foto AFP)

KUALA LUMPUR, 17 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan kerajaan bersedia membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan jika konflik di negara itu bertambah tegang.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan.

"Beta menyeru seluruh masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat agar rakyat Malaysia berada di bawah lindungannya dan ketegangan di Sudan dapat dihentikan dengan segera," titah baginda.

Konflik di Sudan yang melibatkan dua pihak iaitu tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan negara itu.


(Foto AFP)

Media Baharu