fb fb fb fb fb

Komuniti nelayan gembira terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

BACHOK, 30 Mac- Komuniti nelayan di Kelantan paling gembira dan lega dengan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri di umumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kelantan, Mohd Saripudin Ishak menyifatkan pengumuman itu tepat pada masanya.

Beliau berkata bantuan itu dapat membantu meringankan beban para nelayan terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau berharap inisiatif tersebut di selaras dengan baik bagi mengelakkan berlakunya keciciran.

Katanya, pihaknya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara antara nelayan dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaannya dapat di lakukan sebaiknya.


(Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kelantan, Mohd Saripudin Ishak)

"Kami di pihak persatuan amat berterima kasih dan mengalu alukan dengan bantuan. Ia banyak membantu untuk kos barang dapur kerana kita tengok keadaan nelayan kalau di sebelah pantai timur tahun ini kita menghadapi musim tengkujuh yg panjang. Jadi kalau kata pihak kerajaan beri saguhati sekurangnya dapat meringakan beban", katanya ketika di temui RTM di Bachok
 
Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Khuzaimah Husain berkata di jangkakan kira-kira 2,000 nelayan di negeri itu akan mendapat manfaat hasil pengumuman bantuan berkenaan.
  
"Penerima tersebut adalah berdasarkan kepada penerima elaun sara hidup yg berdaftar dengan kita. Untuk kaedah bayaran biasanya kita akan sekalikan dengan bayaran elaun sara hidup yang di buat pada setiap bulan

"Perkara ini di peringkat perbincangan dari segi kaedah pelaksanaan memang telah di laksanakan", katanya

Semalam Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara mengumumkan beberapa inisiatif tambahan.
 
Antaranya, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200.00 yang akan menelan belanja RM170 juta.
 

Media Baharu