fb fb fb fb fb

Komuniti MADANI Kuala Kedah bantu penduduk terjejas banjir

Datuk Abdul Muthalib Harun

ALOR SETAR, 18 September- Pengerusi Komuniti MADANI Parlimen Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harun menggembleng tenaga di pelbagai peringkat untuk membantu agensi-agensi di pusat pemindahan sementara (PPS) dan penempatan penduduk yang terjejas banjir.

Sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Skuad Sabil Malaysia sebuah badan uniform bawah Pergerakan Pemuda UMNO turut membantu agensi menyelamat di kawasan Baling sejak semalam.

"Saya merayu terutama kepada seluruh pertubuhan NGO, Jabatan kerajaan yang terlibat dengan pemindahan banjir, skuad pemuda banjir telah turun padang melawat penduduk terjejas banjir untuk memberi bantuan," katanya.

Beliau berkcakap kepada RTM selepas meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir yang berlindung di PPS berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI