fb fb fb fb fb

100 Kombo MADANI terjual dalam masa satu jam

FOTO Agrobazaar Rakyat Borong Wann

TITI TINGGI, 25 Januari- Lebih 100 set Kombo MADANI yang disediakan Agrobazaar Rakyat Borong Wann di Felcra Lubuk Sireh habis terjual hanya dalam tempoh sejam.

Kombo MADANI yang mengandungi ayam dan barangan runcit pada harga RM18.00 namun dijual hanya RM10.00 diserbu pengguna.

Menurut Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Mohd Shafizan Wan Nan, Kombo Madani yang diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam usaha membantu pengguna berbelanja membeli barangan harian pada harga yang berpatutan.

Beliau berkata biasnya, setiap set Kombo MADANI mengandungi seekor ayam dan tambahan seperti sayur-sayuran dan barangan keperluan harian lain.

"Pihak FAMA tidak tetapkan sebarang ketetapan harga bagi setiap set Kombo MADANI, tetapi kami memberi potongan harga untuk setiap kombo dan pengguna akan mendapat nilai penjimatan antara 10 peratus hingga 30 peratus,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Jualan Agro MADANI di Agrobazaar Rakyat Borong Wann, salah satu dari outlet peruncitan FAMA Perlis yang melaksanakan jualan hari ini.

Pelaksanaan dan perluasan Program Jualan Agro MADANI membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan nasib golongan yang memerlukan sentiasa terjaga dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE