fb fb fb fb fb

Kluang Rail Coffee, kopitiam tertua di stesen keretapi di Malaysia berupaya jadi premis bersejarah

(ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (tengah) menunjukkan sijil pengiktirafan kepada
Kluang Rail Coffee yang disampaikan Pegawai Pemasaran MBOR, Jwan Heah)

KLUANG, 18 Julai - Bangunan milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang menempatkan kopitiam tertua di stesen keretapi di negara ini dicadang dikekalkan sekali gus menjadi salah satu premis bersejarah di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata kopitiam yang telah wujud sejak 84 tahun lalu itu boleh menjadi produk pelancongan negeri malah menjadi sumber ekonomi masyarakat setempat.

"Kita takkan lari daripada asal 84 tahun yang dulu dia buka, seboleh-bolehnya, cuma kita nak tengok kalau benda itu dah reput sebagainya, itu sahaja dan kita harap kerajaan negeri akan bersetuju untuk menjadikan ini salah satu kawasan pelancongan daripada kawasan pelancongan terbaik di daerah Kluang," kata beliau selepas Majlis Pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Kluang Rail Coffee dengan kategori kopitiam tertua di stesen keretapi di Stesen Keretapi Kluang, di sini.


(Kluang Rail Coffee diiktiraf MBOR sebagai kopitiam tertua di stesen keretapi di negara ini) 

Sijil pengiktirafan kepada Kluang Rail Coffee disampaikan oleh Pegawai Pemasaran MBOR, Jwan Heah berdasarkan data dan bantuan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mengesahkan kopitiam berkenaan adalah yang tertua di Malaysia.

"Untuk MBOR, (ia) berdasarkan (masa) 27 tahun kita punya 'database' (pangkalan data) dan juga dah buat 'research' (penyelidikan) sendiri bersama pertolongan daripada KTM yang mengesahkan bahawa Kluang Railway inilah kopitiam tertua di Malaysia," menurut Jwan.

Media Baharu