fb fb fb fb fb

Kedah rekod pelaburan RM8.55 bilion suku pertama 2022

(FOTO FAIL)

ALOR SETAR, 18 Julai - Jumlah pelaburan yang diterima Kedah setakat suku pertama tahun ini sebanyak RM8.55 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata jumlah itu menjadikan Kedah berada pada kedudukan pertama berbanding semua negeri lain di negara ini.

(Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail)

"Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pulau Pinang berada di kedudukan kedua dengan jumlah pelaburan sebanyak RM6.33 bilion diikuti Sabah lebih RM3 bilion.

"Kebanyakan pelaburan bagi suku pertama melibatkan bidang elektrik dan elektronik berikutan kekurangan cip semikonduktor," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Norsabrina Mohd Noor mengenai kejayaan pelaburan direkodkan oleh kerajaan negeri setakat ini.

Tambah Dr. Ku Abd Rahman, sebanyak 12,733 peluang pekerjaan telah diwujudkan tahun lepas hasil pelaburan dalam industri pembuatan bernilai RM66.22 bilion.

Katanya, angka tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicapai.

Media Baharu