fb fb fb fb fb

KKM urus 427 lantikan tetap jururawat

Saraswathy Kandasami

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengurus kira-kira 427 jururawat lantikan kontrak untuk dilantik secara tetap mengikut kepada tapisan Suruhajaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Perkara itu dijangka akan diselesaikan pada hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Saraswathy Kandasami, ketika membacakan jawapan bagi KKM berkata, seramai 113,472 jururawat diperlukan berdasarkan keperluan semasa.

"Bagi memastikan bilangan jururawat mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat kkm juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif pengambilan pelatih kejururawatan.

"Dinaikan daripada 1,000 ke 2,000 dan diploma jururawat untuk naik taraf jururawat masyarakat kepada 1,000 orang setahun," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyanti Samsudin di Parlimen.

Dalam pada itu, dewan turut dimaklumkan, sehingga 31 ogos tahun ini terdapat seramai 114, 922 jururawat yang sektor awam dan sektor swasta.  

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI