fb fb fb fb fb

Dasar Francais Negara sasar nilai jualan RM100 bilion

Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kerajaan menyasarkan nilai jualan sehingga RM100 bilion menerusi pelancaran Dasar Francais Negara menjelang 2030.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu bertujuan memastikan produk francais tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus menjadi antara jenama pilihan negara luar.

"Kita kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA) bagi menggubal dasar francais negara dan deraf telah dimurnikan dalam pelbagai sesi.

"Namun ia perlu dilihat kepada keperluan penjajaran dasar francais negara dengan Kerangka Ekonomi MADANI," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini.

Bagaimanapun dasar berkenaan akan dibentangkan kepada kabinet pada Disember depan.

Ia sejurus sesi dialog awam terakhir selesai yang membabitkan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI