fb fb fb fb fb

KKM tingkat pemantauan, pastikan semua pihak patuh piawaian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terus menjalankan pemantauan ke atas makanan yang dijual sepanjang Ramadan.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu bagi memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan yang ditetapkan, termasuk di bazar-bazar Ramadan.

"Aktiviti pemantauan yang dijalankan di sepanjang rantaian makanan dimulakan sejak sebelum Ramadan meliputi pemeriksaan ke atas sumber bahan mentah, tempat penyediaan makanan dan para peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Selain itu, pemeriksaan turut diperluas ke hotel yang menyediakan buffet Ramadan, premis pembekal bahan mentah, serta premis penyediaan ais bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan makanan mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama KKM akan memperhebat kempen kesedaran melalui pendidikan kesihatan lebih meluas dengan menggunakan pelbagai platform komunikasi termasuk media sosial, televisyen, dan radio.

Peniaga makanan di bazar perlu mematuhi aspek penting bagi memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat.

Bagaimanapun pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Peerkara sama boleh juga dihantar menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) (http://moh.spab.gov.my) serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) (https://www.facebook.com/bkkmofficial ).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI