fb fb fb fb fb

KKM terima surat layang tentang isu gangguan seksual di HRPB

Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha

IPOH, 16 Mac - Kementerian Keshatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, mengesahkan telah menerima surat layang mengenai isu tular gangguan seksual di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh melalui pos pada 28 Februari lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, susulan itu satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas telah ditubuhkan pada hari berikutnya.

Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai-pegawai yang turut dilantik oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM. 

"Siasatan kini sedang dilaksanakan dengan pengumpulan bukti.

"Pihak kami memandang serius pertuduhan tersebut dan mempunyai toleransi sifar terhadap gangguan seksual di tempat kerja," katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu tular surat layang di media sosial mengenai kes gangguan seksual dan ugutan oleh seorang doktor lelaki terhadap doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB.

Difahamkan kejadian tersebut telah berlaku sekian lama berlaku namun tidak dilaporkan kerana doktor tersebut mengugut akan memanjangkan tempoh 'tagging' dan latihan doktor pelatih wanita berkenaan.

TETITIA YUSOFF