fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM 2024 bantu promosi budaya tempatan

Penyampai radio KedahFm bersama-sama kakitangan RTM Kedah menyertai gotong-royong membuat bubur lambuk sambal bilis istimewa

SUNGAI PETANI, 16 Mac - Pendekatan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyantuni masyarakat melalui pelbagai program turun padang melalui Jelajah Ramadan RTM 2024 disambut baik komuniti setempat.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik Nasaruddin Abdul Mutalib berkata, pelbagai aktiviti diadakan dengan tumpuan membantu golongan kurang berkemampuan.

Katanya, penganjurannya juga dapat membantu mempromosi budaya tempatan di lokasi terlibat.

"Disamping menyantuni golongan yang kurang bernasib baik disepanjang jelajah ini saya lihat banyak memperkenalkan budaya tempatan untuk dipertontonkan kepada orang ramai," kata Nasaruddin kepada pemberita dalam Program Jelajah Ramadan Kedahfm di Murthada Dakwah Centre," di sini.

Nasaruddin berkata, penambahbaikan akan terus dilaksana terhadap penganjuran program tahunan RTM itu.

Tahun depan, beliau bercadang mengangkat kisah inspirasi penduduk di lokasi terlibat jelajah termasuk kejayaan usahawan muda.

Kali ini KedahFM meneruskan Jelajah Ramadan 2024 dengan pengisian program kerohanian dan kemasyarakatan pada hari ke-2.
 
Seramai 30 asnaf terdiri daripada penduduk sekitar menerima sumbangan Ramadan berupa barangan dapur daripada MADAD, wang tunai RM100 daripada Dhia Cotton, produk Mudim serta cenderamata dari Kedahfm.
 
Terdahulu penyampai radio KedahFm bersama-sama kakitangannya menyertai gotong-royong membuat bubur lambuk sambal bilis istimewa yang akan diedarkan kepada orang ramai .
 
Antara aktiviti lain yang sediakan temubual secara langsung konti KedahFm serta menunggang kuda yang disediakan sepanjang Ramadan. 
 

TETITIA YUSOFF