fb fb fb fb fb

KKM siasat kes buli doktor di Sabah

Dzulkefly (tengah) ketika melawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh/Foto KKM

SUNGAI BULOH, 10 September - Susulan kes buli yang melibatkan beberapa orang doktor di sebuah hospital kerajaan di negeri Sabah.

Menteri Kesihatan (KKM) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan pihaknya telah melakukan siasatan secara terperinci berhubung dakwaan itu dengan keputusannya akan dimaklumkan secepat yang mungkin.

"Saya mengingatkan kepada semua warga besar KKM bahawa kami tidak akan memberi toleransi terhadap perkara melibatkan penyalahgunaan kuasa bagi mereka yang punyai kedudukan dan posisi dalam sistem", katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh.

Sebelum ini media melaporkan beberapa doktor menjadi mangsa buli secara lisan dan fizikal apabila dihambur dengan kata-kata kesat, lucah serta penghinaan kaum.

Mereka juga pernah diancam senjata tajam jika tidak mematuhi arahan ketua unit.

Mengenai penahanan tiga doktor kanan yang dikaitkan dengan kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dzulkefly memaklumkan kes itu kini berada dibawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Tegasnya, KKM mahupun pimpinan kerajaan MADANI tidak akan bertolerasi dengan isu berkaitan dengan Penyalahgunaan kuasa.

Trainee2