fb fb fb fb fb

KKM sasar tingkat kapasiti katil pesakit

Menteri KKM Dr Dzulkefly berucap semasa Majlis Pelancaran Pecah Tanah Bangunan Tambahan di sebuah Hospital Pakar milik swasta di Shah Alam hari ini


SHAH ALAM, 10 Jun - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan peningkatan jumlah katil kepada nisbah 2.06 berbanding 1,000 pesakit pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12 ).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berkata berdasarkan statistik tahun 2020, jumlah katil di seluruh hospital di Malaysia adalah sebanyak 65,508 dengan nisbah dua katil untuk setiap 1,000 pesakit.

“KKM turut berusaha mengoptimumkan penggunaan katil menerusi penawaran rawatan harian di hospital-hospital utama dan pendigitalan bed management unit (BMU) secara berpusat.

“Langkah inovatif seperti ini amatlah perlu kerana kerajaan tidak mampu berbelanja lebih akibat kekangan fiskal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Pecah Tanah Bangunan Tambahan di sebuah Hospital Pakar milik swasta di sini, hari ini.

Justeru, sektor swasta memainkan peranan penting meningkatkan kapasiti sistem kesihatan menerusi pelaburan pembinaan fasiliti kesihatan dan peranti perubatan dengan teknologi terbaharu.

Tambahnya, penawaran perkhidmatan yang selamat dan berkualiti pada harga kompetitif meningkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan pilihan.

GRACE AISYAH KEDAYAN