fb fb fb fb fb

KKM beri kerjasama penuh kepada HWCITF tangani isu buli

(GAMBAR FAIL)

SUNGAI BULOH, 14 Mei - Kementerian Kesihatan (KKM) mengulangi pendirian bahawa buli adalah negatif dan tidak boleh diterima di mana sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata KKM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF).

(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah)

"Buli ini berlaku di mana-mana sahaja, termasuk KKM. Budaya ini kena bendung secepat mungkin.

"Kita sedia maklum dalam latihan untuk menjadi doktor memerlukan kepuyaan untuk menghadapi latihan ini tetapi cara kita melatih itu kita tidak boleh terima budaya buli, jadi kita serah kepada pasukan petugas khas," kata Tan Sri Dr. Noor Hisham selepas menghadiri Pameran Pandemik dan Pameran Lukisan COVID-19 di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), di sini.

Tambah Dr. Noor Hisham, beliau optimis langkah itu akan memperbaiki suasana kerja kakitangan perkhidmatan kesihatan secara amnya.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan badan bebas HWCITF ditubuhkan susulan insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah di Hospital Pulau Pinang.

Media Baharu