fb fb fb fb fb

KKM beri kelonggaran jururawat warga asing

KUALA LUMPUR, 18 September- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memberi kelonggaran terhadap kriteria pengambilan Jururawat Terlatih Warga Asing (JTWA) untuk fasiliti kesihatan swasta.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, "bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti tersebut."

Syarat lain JTWA adalah sah bagi tempoh 12 bulan sahaja iaitu mulai 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024.

Manakala pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA serta dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.

Bagaimanapun pengambilan tenaga kerja asing juga hendaklah mematuhi terma dan syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak itu.

Keputusan berkenaan perkara itu disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ia dapat mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka.

Fasiliti kesihatan swasta juga akan lebih bersedia untuk menyokong KKM dalam usaha memenuhi keperluan kesihatan rakyat, melalui jalinan kerjasama awam-swasta.

Menurut kenyatan itu, "KKM akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) secara berfasa bagi tahun 2024 dan 2025.

"KKM turut prihatin dan tetap memberi keutamaan kepada kebajikan dan kerjaya jururawat tempatan," katanya.

(Tangkap layar kenyataan media KKM)

Media Baharu