fb fb fb fb fb

KKD sasar tubuh 186 PEDi di seluruh negara

KULAI, 9 April- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sasar menubuhkan 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ini termasuk 11 PEDi baharu di Johor

Sasaran itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kewujudan 1 DUN 1 PEDi.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata kos setiap PEDi yang akan beroperasi nanti dihadkan kepada RM10,000 sebulan.

"Kita mengharapkan dengan kemudahan di setiap PEDi, dapat membantu memudahkan urusan mereka di pedalaman dan luar bandar," katanya selepas merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dan lawatan ke PEDi Felda Bukit Batu, di sini.


(Ini termasuk 11 PEDi baharu di Johor)

Media Baharu