fb fb fb fb fb

Peraturan, garis panduan pengurusan taska akan ditambah baik

(Foto BERNAMA)

KUCHING, 9 April- Kerajaan akan terus menambah baik peraturan dan garis panduan dalam pengurusan taska di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri berkata ia bagi mengelak insiden kanak-kanak tanpa penyeliaan berulang.

Ia penting bagi memastikan kualiti asuhan di pusat taska selain berupaya menimbulkan rasa selamat dalam kalangan ibu bapa.

Malah, sejak tempoh 10 tahun lepas banyak penambahbaikan garis panduan telah dikeluarkan kerajaan termasuk mewajibkan taska-taska memasang kamera litar tertutup (CCTV).

“Pegawai dan penyelia kita mengetahui perkara yang harus dilakukan dan akan mengemaskini dari semasa ke semasa apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan di taska-taska," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas insiden beberapa kanak-kanak di pusat asuhan di Putrajaya baru-baru ini yang menjadi mangsa gigitan kanak-kanak selain dibiarkan di dalam bilik isolasi daif tanpa pengawasan orang dewasa.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu