fb fb fb fb fb

Kes Axia merah, penyebaran video akan disiasat

KULAI, 9 April- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat penyebaran video tular kes Axia merah.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata tindakan itu bagi memastikan video yang mempunyai kandungan lucah itu tidak terus tersebar.

Perbuatan menyimpan atau memiliki kandungan lucah juga salah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kami akan bekerjasama dengan PDRM memastikan kendungan lucah ini tidak disebarkan kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Batu, di sini.

Beliau mengulas mengenai video tular kes Axia merah yang memapar perbuatan tidak senonoh seorang lelaki dan remaja wanita di Pasir Gudang, 6 April lalu.

Kedua-dua individu dalam video berkenaan telah direman bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, video yang dirakam mula disebar menerusi Twitter dan TikTok sehingga mendapat reaksi banyak pihak.


(Perbuatan menyimpan atau memiliki kandungan lucah juga salah mengikut
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998)

Media Baharu