fb fb fb fb fb

Perkasanakan kurikulum digital berdasarkan prinsip yang baik

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 9 April- Kurikulum Digital perlu diperkasakan berdasarkan prinsip pembinaan kurikulum yang baik dalam usaha melahirkan pelajar dalam bidang Transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Seiring dengan itu, transformasi digital perlu diperkenalkan bertujuan mempersiapkan graduan TVET bagi pasaran kerja dalam pengeluaran pintar pada masa akan datang.

Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC), Haiqal Syukri Jantan berkata peluang dan ruang yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menerokai bidang digital.

"Pihak kerajaan banyak menyediakan platform-platform yang berguna untuk TVET dari segi digital, dari segi IR 4.0, dari segi strategi pemasaran, dari segi pembangunan perniagaan semua secara digital. Jadi rebutlah peluang ini kerana peluang ini adalah peluang yang terbaik. Ketika dan saat ini adalah paling sesuai untuk kita mulakan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Nurulwahida Azid @ Aziz berpendapat warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan kurikulum digital ini untuk memotivasikan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

"Melalui elemen-elemen multimedia dan juga VR ataupun kecerdasan buatan itu sendiri boleh memainkan peranan memotivasikan pelajar itu sendiri. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian saya memang menakjubkan bukan sahaja kepada pelajar TVET tetapi juga pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah," kata beliau kepada RTM.

(Perkasanakan kurikulum digital berdasarkan prinsip yang baik)

Media Baharu