fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri santuni asnaf di Pekan

PEKAN, 9 April- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Miskin yang menetap di Tanah Kesultanan Pekan.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kurniaan sumbangan berlangsung di Istana Mangga Tunggal yang merupakan istana kelahiran Seri Paduka Baginda pada 1959.

Baginda berdua mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 116 asnaf.

Berangkat sama pada majlis tersebut,  Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.


(Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)

Media Baharu