fb fb fb fb fb

Projek RM7.2 bilion ditender semula, ikut prosedur - KKDW

MACHANG, 9 April- Projek bernilai 7.2 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa akan ditender semula selepas dibatalkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Proses tender semula itu akan mengikut prosedur dan tataetika kewangan yang mesti dihormati.

"Kita tahu bahawa terdapat sedikit gangguan daripada segi pelaksanaannya, tetapi yakinlah kalau tataetika dan peraturan dipatuhi, ia akan dilakukan dengan segera. Projek-projek itu juga akan siap dalam tempoh ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini.


(Proses tender semula itu akan mengikut prosedur dan tataetika
kewangan yang mesti dihormati)

Media Baharu