fb fb fb fb fb

KKD komited selesaikan baki capaian 5G

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited dalam menyelesaikan baki capaian 5G di negara ini.

Menurut Setiausaha Bahagian, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi KKD, Mohd Nazrol Marzuke, ketika ini kemajuan kadar capaiannya mencecah hampir 60 peratus.

KKD juga akan memastikan pelaksanaannya akan disokong oleh penyedia perkhidmatan.

Ketika ini, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini masih dilaksanakan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai pemborong tunggal sehingga liputan 5G mencapai liputan 80 peratus menjelang penghujung tahun ini.


(Setiausaha Bahagian, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi KKD, Mohd Nazrol Marzuke ketika
ditemu bual selepas menjadi tetamu dalam program Naratif Khas di Angkasapuri Kota Media)

Seterusnya Model Dwi rangkaian akan mengambil alih dan menjadi rangkaian kedua selepas pelaksanaan 5G pada Januari tahun hadapan.

"KKD selaku pembuat dasar dan kita mempunyai pengawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di bawah KKD ini yang kita guna pakai untuk pastikan industri berada di landasan yang tepat, kepada rakyat kita akan pastikan bahawa harga yang diterima di peringkat runcit, kepada pengguna adalah berpatutan,"

Beliau menyatakannya selepas menjadi tetamu dalam program Naratif Khas di Angkasapuri Kota Media, di sini malam tadi.

Media Baharu