fb fb fb fb fb

KKD akan perluas Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan diperluas ke setiap daerah di seluruh negara kata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, program itu dilihat sebagai satu platform terbaik bagi pemahaman kepada rakyat dalam tempoh setahun pentadbiran kerajaan MADANI.

Program itu bakal berlangsung selama tiga hari bermula esok menyasarkan 200,000 pengunjung.

"Kita ada Jualan Mega MADANI, kita ada pelbagai reruai. Bagi saman akan diberikan diskaun sehingga 50 peratus.

"Saya sarankan kepada pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan LRT. Kita turut meyediakan tempat parkir di Teknologi Park, bas 'shuttle' dan sebagainya," katanya ketika menjadi tetamu dalam program sebuah stesen swasta pagi tadi.

Program penutup akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Disember.

Ia merupakan anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Selain itu, ia turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan, prtubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI