
JOHOR BAHRU, 27 Mei -Kira-kira 1,200 jemaah mengambil peluang bersama-sama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini, yang diimami oleh Imam Besar Negeri Johor Muhamad Bukharuddin Ismail.
RINGKASAN BERITA AI
- Pemangku Sultan Johor tiba pada jam 8.25 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
- Masjid Sultan Abu Bakar dipenuhi rakyat jelata seawal pagi untuk menunaikan ibadah secara berjemaah bersama kepimpinan negeri dan kerabat diraja.
- Selepas solat, Tunku Mahkota Ismail meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat pulang.
Keberangkatan tiba baginda pada pukul 8.25 pagi bersama-sama ahli kerabat diraja Johor itu disambut oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Masjid bersejarah itu mula dipenuhi rakyat jelata seawal pagi bagi menunaikan ibadah secara berjemaah bersama kepimpinan negeri dan kerabat diraja.
Selesai menunaikan solat sunat tersebut, Tunku Mahkota Ismail berkenan meluangkan masa untuk bersalaman serta beramah mesra dengan para jemaah yang hadir sebelum baginda berangkat pulang.