fb fb fb fb fb

Khazanah Nasional sasar 8,000 belia sertai MySTEP

KUALA LUMPUR, 6 April- Khazanah Nasional Berhad menyasarkan penyertaan seramai 8,000 peserta dalam Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP), tahun ini.

Sasaran tersebut berikutan kejayaan Khazanah menempatkan 6,000 peserta tahun lalu dalam pelbagai sektor meliputi syarikat berkaitan kerajaan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir menyatakan, latihan pendigitalan dan perakuanan diberi fokus agar peserta mampu memperoleh pekerjaan dalam industri permintaan tinggi.

"Peserta akan menjalani akitviti latihan pada permulaan dan ditempatkan di syarikat swasta dalam jangka pendek untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan. Tujuan program ini supaya mereka dapat latihan yang selari dengan kehendak syarikat sekarang," kata Amirul Feisal.

Tambahnya, 15 pengurus pelaksanaan turut terlibat untuk menjalankan aktiviti latihan sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada peserta.

Datuk Amirul berkata demikian selepas Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

(Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir)

Media Baharu