fb fb fb fb fb

168 notis saman dikeluarkan JPJ

ALOR SETAR, 6 April - 168 notis saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.

Hasil Ops Khas Motosikal oleh Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah di dua lokasi iaitu Kilometer 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Kilometer 8 Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani.

Menurut pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 447 buah kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 43 motosikal telah diambil tindakan, dua buah motorsikal telah disita atas pelbagai kesalahan, manakala bakinya melibatkan pelbagai kenderaan lain termasuk lori.
 
Antara kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan Insuran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan, tiada cermin sisi dan pelbagai kesalahan teknikal yang lain.

Kesemua kesalahan tersebut termaktub dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan 1959).

Pengarah JPJ Kedah turut menasihati penunggang dan pemilik motosikal supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.


(Ops Khas Motosikal dijalankan JPJ Kedah)

Media Baharu