fb fb fb fb fb

Ketua Polis Johor dianugerah ‘Datuk’

FOTO FB Polis Johor

JOHOR BAHRU, 24 Ogos – Ketua Polis Johor, CP Ab Rahaman Arsad, hari ini menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk, sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Menurut hantaran di laman Facebook Polis Johor, penganugerahan itu disempurnakan bersempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh.

Turut hadir, isteri beliau Datin Salwah Mahdan yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor.

Ab Rahaman, 58, dilantik sebagai Ketua Polis Johor pada 4 Ogos lalu selepas berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Anak jati Kulai itu menggantikan Datuk M. Kumar, 56, yang kini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE