fb fb fb fb fb

KeTSA jamin Unesco tidak akan tarik status Tasik Chini sebagai rizab biosfera

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memberi jaminan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tidak akan menarik status Tasik Chini sebagai rizab biosfera.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pihaknya komited memperkasa program penanaman pokok secara besar-besaran untuk terus melindungi dan memulihara kawasan berkenaan.

Beliau mengakui terdapat kelompongan dalam pengawasan berkaitan Tasik Chini.

Namun katanya kerajaan negeri telah meletakkan amaran tegas bagi menghalang sebarang aktiviti perlombongan dan pengambilan mineral dilakukan.

"Perkara ini sudah mendapat perhatian khusus khusus Pemangku Raja Pahang yang amat prihatin dengan perkara yang berlaklu di Chini.

"Baginda amat menitikberatkan perkara ini, saya yakin dan percaya laporan yang akan kita buat, tindakan yang akan kita ambil ini, tidak akan menyebabkan status Unesco biosfera ini akan ditarik balik,"kata Takiyuddin.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Parlimen.


(Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan)

Media Baharu