fb fb fb fb fb

Kestabilan politik dan ekonomi Sarawak, dicapai dengan sokongan rakyat - TPM

Foto FB Menteri

BINTULU, 27 Oktober- Kekuatan ekonomi dan kestabilan politik Sarawak kini menjadi perhatian negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia mampu dicapai dengan sokongan rakyat kepada kerajaan dalam mentadbir negeri ini.

Jelasnya, dengan sumber ekonomi baharu yang diwujudkan dan pembentukan Gabungan Parti Sarawak (GPS), negeri kini mampu bergerak ke hadapan dengan acuan sendiri.

"Ekonomi di Sarawak dalam landasan yang betul. Kita akan perkukuhkan lagi dengan pelbagai perancangan ekonomi negeri termasuk penggunaan teknologi seperti 'hidrogen algae' dan macam-macam lagi."

Namun, ia mungkin tidak berkekalan jika kita bersama pertahankan," kata Fadillah kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Persatuan Melanau Bintulu, di sini.

Oleh itu, beliau berharap medan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak akan menterjemah momentum keinginan rakyat untuk terus maju bersama.

Beliau mendedahkan rizab Sarawak telah berkembang mencecah sehingga RM40 bilion daripada RM33 bilion yang dicatat lima tahun lalu.

Hadir sama dalam majlis itu, calon GPS bagi DUN Jepak, Iskandar Turkee.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM