fb fb fb fb fb

Kestabilan politik dan ekonomi mampu jadikan Malaysia sebagai kuasa tengah

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Kestabilan politik dan ekonomi yang kukuh mampu menjadikan Malaysia berada dalam kedudukan sebagai kuasa tengah yang berpengaruh di rantau ini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Malaysia mempunyai kelebihan kerana berada di kawasan strategik dan mengamalkan polisi pragmatis terhadap cabaran geopolitik.

Selain itu, rangka Ekonomi MADANI yang diperkenal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi impak positif meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup rakyat.

"Malaysia terdedah kepada konsep ekonomi terbuka. Oleh itu sebarang langkah melibatkan dasar ekonomi mesti disesuaikan dengan apa yang berlaku di sekeliling.

"Ia termasuk keadaan ekonomi antarabangsa jadi sangat penting bagi kita untuk membawa pelan Ekonomi MADANI ini ke ekonomi antarabangsa juga," katanya demikian selepas menjadi tetamu dalam rancangan Naratif Khas di Angkasapuri Kota Media.

(Dr Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu