KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Malaysia boleh menjadi ketua ekonomi dalam negara Asia dan mencapai prestasi baik seperti yang pernah dicapai ketika era-90 an.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk ke arah itu, Malaysia harus menjadi kreatif dalam menstruktur ekonomi agar kekayaan negara dapat dimanfaatkan oleh semua golongan rakyat.
"Kita agak menurun 20 tahun lepas. Tidaklah pulih sepenuhnya. Tetapi dengan pelan yang komprehensif dan teliti, bagi menangani cabaran ini, isu jangka panjang.
"Berkaitan dengan persaingan dan jadikan Malaysia destinasi menarik bagi pelaburan asing dan galakkan pelaburan dalam negara," katanya demikian dalam ucapannya di Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 di ibu negara.
Menurut Anwar, bagi mencapai tujuan itu, Malaysia harus berjaya menangani isu semasa termasuk kos sara hidup selain, mengamalkan tadbir urus yang baik tanpa sebarang ketirisan dan menjunjung prinsip penyayang, belas kasihan dan rahmah.
(Anwar Ibrahim)