KUALA TERENGGANU, 15 Januari- Tindakan jangka pendek dan jangka panjang serta semasa bagi mengatasi isu hakisan di Terengganu khususnya di kawasan Batu Rakit sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri juga turut berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhilah Yusuf yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Dalam hantarannya di Facebook, beliau memaklumkan turut berhubung dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi untuk sama-sama membantu kerajaan negeri.
Peruntukan sebanyak RM120,000 telah dikeluarkan untuk menyelesaikan beberapa perkara semasa di Batu Rakit.
Tegas beliau, keselamatan rakyat yang tinggi berhampiran Kawasan berkenaan menjadi keutamaan.
Terdahulu beliau mengadakan perbicangan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Osman Abdullah dan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran, INOS Univerisiti Malaysia Terengganu, UMT, Professor Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir di Kuala Terengganu.