fb fb fb fb fb

Keselamatan barangan elektrik akibat banjir

TANGKAK, 2 Januari - Pastikan suis utama atau soket tidak basah atau ada lumpur sebelum menghidupkan peralatan elektrik.

Ini antara pesanan penting yang sering diingatkan kepada penduduk terkesan banjir.

Tenaga pengajar jurusan Pendawaian Elektrik di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak Johor Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak berkata, papan pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) dalam suis utama yang masih basah atau berlumpur boleh menyebabkan renjatan elektrik.

"Kalau dalam keadaan basah, jangan ‘on’ (hidupkan suis) lagi. Kalau plag atau soket masih basah tapi kita terus ‘on’ suis, boleh berlaku renjatan elektrik dan kita risau peralatan elektrik rosak dan pengguna terdedah kepada bahaya. Sebab itu saya bersama rakan-rakan lain turun ke beberapa lokasi dilanda banjir untuk periksa suis utama dan soket disetiap rumah mangsa banjir secara percuma. Kami hanya memerlukan waktu minimum 2 minit bagi memeriksa soket dan 5 minit untuk ELCB," Kata Syed Mohd Aizuddin di sini.

Beliau berkata lebih 600 tenaga mahir kejuruteraan elektrik di seluruh negara bergabung dibawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Teknikal Islam Malaysia (Komtech) telah memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian elektrik di kawasan kediaman yang terjejas akibat banjir - BERNAMA

 

Media Baharu