SANTUBONG, 17 Ogos - Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan mencetuskan sentimen dalam isu 'Justice for Zara'.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, tindakan berlebihan boleh menggugat keharmonian negara serta menjejaskan keyakinan terhadap institusi perundangan, kepolisan dan sistem integriti kesihatan.
"Ianya tidak baik untuk semua, sebaik-baiknya kita jangan mengambil peluang ini untuk mempolitikkan perkara tersebut.
"Kita beri ruang kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat dengan telus sehingga keputusan itu diperoleh. Sekiranya wujud ketidakadilan, maka kita mengambil tindakan yang lebih adil, telus dapat kita ambil. Sekarang ini perkara ini sedang disiasat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Bicara Eksekutif Madani Institut Aminuddin Baki (IAB) di Dewan Utama IAB Cawangan Sarawak, di sini.