fb fb fb fb fb

Kes dera budak autisme, polis tunggu laporan perubatan

JOHOR BAHRU, 1 Ogos- Polis sedang menunggu laporan pakar perubatan, sebelum meneruskan siasatan berhubung kes ahli pusat terapi dipercayai mendera seorang kanak–kanak lelaki autisme, berumur enam tahun, di Skudai sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata laporan pakar diperlukan bagi mengenal pasti punca kesan lebam di beberapa anggota badan kanak-kanak tersebut.

Polis telah merakam percakapan doktor pakar, selain mengambil keterangan ahli keluarga serta ahli pusat terapi terbabit.

Hospital juga mengesahkan kanak-kanak tersebut autistik.

"Kita telah memberi arahan kepada ketua polis daerah jika ada apa-apa, ada kesilapan berlaku sila buat, untuk ambil
tindakan segera, membuat tangkapan dan sebagainya untuk memastikan siasatan dibuat.

"Kerana siasatan kita buat bergantung pada laporan-laporan pakar, mungkin itulah sebab kita memerlukan masa, sedikit masa, untuk mendapatkan laporan tersebut," katanya.

(Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu mendakwa anak istimewanya menjadi mangsa dera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai.

Media Baharu