fb fb fb fb fb

Kes denggi di Selangor terkawal

Foto hiasan

SHAH ALAM, 18 November - Kes demam denggi di Selangor terkawal dengan penurunan ketara direkodkan tahun ini.

Menurut Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri, Jamaliah Jamaluddin, setakat 8 November lepas, Selangor mencatat sebanyak 20,399 kes, berbanding 56,400 kes pada tahun lepas, iaitu penurunan 63.8%.

Jelas beliau, Jabatan Kesihatan Negeri terus mempergiatkan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi memastikan setiap kawasan di negeri itu bebas daripada wabak denggi.

"Kita akan guna pendekatan 'whole of goverment' dan 'whole of society'. (Bermaksud) pendekatan ini dilaksanakan secara menyeluruh antara agensi kerajaan, PBT ,sektor swasta dan komuniti dalam aktiviti pencegahan denggi secara berterusan."

"Pelaksanaan (kawalan) vektor bersepadu (merupakan) strategi yang akan menggabungkan pelbagai intervensi termasuk kawalan biologi, kimia dan juga akan disokong penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan kesihatan." katanya.

Jamaliah turut memaklumkan, kes kematian akibat denggi juga menunjukkan penurunan dengan hanya enam kematian dicatatkan tahun ini berbanding 14 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Salimi Che Adzmi dalam persidangan DUN Selangor.

EMMI NORALIZA ADNAN