fb fb fb fb fb

8,000 murid terima vaksin influenza percuma fasa pertama di Selangor

Foto hiasan

SHAH ALAM, 18 November - 8,000 murid sekolah berusia 8 tahun ke bawah di Selangor telah menerima vaksin influenza percuma bawah fasa pertama.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, kebanyakkan melibatkan murid di sekolah pendidikan khas.

Pemberian vaksin infuenza percuma itu memberi keutamaan kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di empat daerah yang merekodkan kadar jangkitan influenza tertinggi iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat.

"Pemilihan golongan murid berumur 8 tahun ke bawah sebagai kumpulan pertama penerima vaksin Influenza adalah berdasarkan pertimbangan tahap daya ketahanan badan dan imuniti mereka yang lebih rendah berbanding golongan lain."

"Langkah ini juga diambil bagi memastikan sesi pembelajaran di sekolah tidak terganggu akibat jangkitan atau penularan penyakit, khususnya dalam kalangan murid yang lebih terdedah kepada risiko komplikasi kesihatan," katanya.

 Fasa pertama melibatkan peruntukan RM1 juta merangkumi sehingga 20,000 dos vaksin, dengan setiap murid menerima dua dos.

Setakat 25 Oktober lepas, sebanyak 3,239 kes influenza telah direkodkan di Selangor melibatkan 268 kluster di institusi pendidikan.

EMMI NORALIZA ADNAN