fb fb fb fb fb

Kes buli TUDM, tindakan tegas termasuk buang kerja jika terlibat - Mohamad

(Foto Bernama)

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Suspek kes buli membabitkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pengkalan Udara Kuantan pada April lalu, berisiko diberhentikan kerja sekiranya terbukti bersalah.

Perbuatan terbabit jelas melanggar peruntukan undang-undang perkhidmatan bawah agensi kerajaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kes itu kini sedang dalam siasatan polis.

Selain siasatan dalaman oleh TUDM.

"Jangan terlibat dalam perkara yang boleh menjadikan kesalahan dalam 'term of services'.

"Kalau berlaku dan masih berlaku serta didapati terlibat, malah tidak mengendahkan larangan, pihak services tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dan boleh dibuang kerja," katanya selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, di sini pada Rabu.

(Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera,
Jen Tan Sri Affendi BuangĀ (tiga, kanan) ketika sidang media selepas Majlis Sambutan
Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 di Wisma Perwira/Foto Bernama)

Terdahulu, insiden lima pelatih TUDM dipukul ketika menjalani latihan terbongkar selepas seorang keluarga mangsa membuat laporan polis pada 12 April lalu.

Media Baharu