fb fb fb fb fb

Bekalan air terkawal, paras empangan dan sungai lebih 90%

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Bekalan air masih terkawal di kebanyakan negeri, susulan paras empangan dan sungai masih tinggi, iaitu melebihi 90 peratus.

Namun, beberapa kawasan di Kelantan dan utara tanah air terkesan ekoran musim panas berpanjangan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan, berlaku pengurangan paras air di Pulau Pinang, melibatkan Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

Masing-masing, dijangka mampu bertahan 40 hari dan seratus 45 hari.

Selain itu, paras air di Kelar, Kelantan turut menurun disebabkan penyusutan sumber air mentah.

Para pengguna juga dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemat bagi mengelakkan pembaziran dan sekali gus, menjamin bekalan yang berterusan di premis kediaman masing-masing.

(Bekalan air terkawal, paras empangan dan sungai lebih 90%)

Media Baharu