fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa kepulauan Tonga

(Google)

PETALING JAYA, 11 Mei- Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Tonga pada 12.02 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Gempa berpusat 15.7 darjah Selatan dan 174.5 darjah Barat, dengan kedalaman 229 kilometer.

Pusat gempa tersebut dikesan 793 kilometer Timur dari Laucala, Fiji.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

(Gempa berpusat 15.7 darjah Selatan dan 174.5
darjah Barat, dengan kedalaman 229 kilometer/Google)

Media Baharu