fb fb fb fb fb

Kes Batu Puteh: Bantahan lantikan Mohamed Apandi sepatutnya dibuat awal - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Kerajaan telah memberi pertimbangan sewajarnya sebelum melantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, isu pelantikan tersebut seharusnya tidak berbangkit kerana telah diputuskan melalui mesyuarat kabinet pada 29 Oktober tahun lalu.

Ujarnya, sebarang bantahan berkaitan kedudukan pengerusi PPK tersebut sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan.

Justeru, adalah mustahil untuk beliau bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Tan Sri Apandi sebagai pengerusi apabila pelantikannya telah dipersetujui Jemaah Menteri.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, mengulas tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak mahu meneruskan sesi temu bual saksi bersama jawatankuasa kecil 'Tort of Misfeasance' yang dijadualkan berlangsung semalam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang),
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tun Dr Mahathir enggan memberi kerjasama selagi mana Tan Sri Apandi masih bertindak sebagai pengerusi PPK tersebut.

Mengulas lanjut, Tun Dr. Mahathir ujarnya sudah sedia maklum akan pelantikan pengerusi PPK oleh Jemaah Menteri dan beliau sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi untuk temu ramah di Jabatan Peguam Negara.

Media Baharu