fb fb fb fb fb

Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat - Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi catatan di Twitter dan Facebook rasmi beliau.

Tan Sri Annuar berkongsi mengenai lawatan beliau ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) bagi mendapatkan taklimat status terkini pelaksanaan projek 5G negara.

"Saya melihat dengan dekat mengenai status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual," kata Annuar dalam kenyataannya yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau.

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021, antaranya untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.


(Foto FB Menteri)

Media Baharu